Sunday, September 27, 2015

Tapi Pakcik..........

Kehidupan kita ni ada banyak peringkat.

Bermula dari zaman seketul darah, menjadi seketul daging, menjadi seorang manusia, mengikut hala tuju kiri mahupun kanan, dan akhir sekali, mati. Dan semua orang tentunya seorang 'coach' yang sentiasa beri semangat, positive vibes dan berdiri di belakang sambil cakap 'nahhh. chill lah!'

Setiap kali kita tutup mata, kita semua adalah manusia yang koma. Kalau ada rezeki Allah bagi, kita bangun. Kalau tak ada, kita 'tidur' selamanya. Sebab apa? Sebab setiap hidup itu adalah percaturan sama ada menang mahupun kalah. Sama ada di atas mahupun di bawah. Apa sekali pun takdir yang Tuhan dan tetapkan dari luh mahfuz sudah tentunya yang terbaik untuk semua orang, baik yang islam, baik yang bukan islam.

Tapi pernah tak sekali je korang terfikir, apa akan jadi esok? Minda tiba-tiba kosong. Tiba-tiba rasa nak muntah. Tiba-tiba rasa nak menangis. Takut. Seriau. Kehilangan. Bila tiba tiba korang bangun esok pagi, dunia ni gelap. Tak macam semalam sebelum tidur ada lampu kalimantan yang cantik beli dekat IKEA harga RM29.99. Kali ni gelap. Rasa serupa dah 3 bulan terlupa bayar bill letrik. Masa tu mula lah nak cari phone sebab nak guna lampu. Tapi lupa. Kan letrik tak ada? Semalam lupa nak cas phone. Sekali lagi blank. Nak buat apa ni? Nak call orang pun tak boleh. Nak guna lampu pun tak boleh. Keras. Kepala buntu. Rasa sikit lagi nak menjerit. Adoi! Sakit!

Lepas tu korang nak buat apa? Terus duduk? Terus menangis sampai Izrail memanggil?

Eh ke memang sekejap lagi Mungkar Nangkir datang check-in swarm? Allahu! MAK! AYAH! Kenapa semua ni!!!??

Lalu datang satu suara. Bangun! Dunia ni belum berakhir. Masa tu tiba-tiba korang rasa macam menang loteri walaupun Tuhan marah. Masa tu rasa macam baru dapat duit 10billion daripada dermawan dunia. Suara siapa tu?! Kenapa tak nampak muka pun? Kejap! Cuba ulang balik? Sebab nak dengar suara tu dari kiri ke kanan?

HEY!!! Cuba pekik lagi sekali! Nak dengar!!!

..............................

Sunyi. Allah! Siapa yang cakap tadi tu? Kenapa dia dah tak menyahut? Sekali je lagi! HEY! SEKALI JE LAGI LAH!

.............................

Kali ni jangan kata suara, cengekerik pun dah ada butang mute. Sepi betul. Nak terkencing tak? Kenapa sebenarnya? Ni dekat mana ni? Jawab lah! Kenapa semua orang diam? Apa salah aku?

...........................




Sekali lagi, butang mute ni selalunya ada dalam twitter je tapi kali ni realiti pun dah macam si burung biru. Kena mute. Senyap je semua. Sepi.

Kaki cuba bangun. Terketar sikit. Nak lari, tersadung pulak. Allah, dugaan apa ni? Aku silap dekat mana? Tangan pun menggeletar tak tau sakit apa? Mana klinik? Mana ER? Phone pulak mati.

Tiba-tiba nampa garis halus. Warna putih. Hati melompat! Kepala masih blank. Ni garis apa ni? Nak kena ikut ke nak kena biar ke? Kejap! Nak fikir.


Ok! IKUT!



Makin lama makin terang. Mak dah bayar bill letrik ke? Ke lampu IKEA dah menyala balik?

Eh! Ada pintu! Cuba tolak. Nampak apa?

EH! ITU, AKU! EH! HABIS TU NI AKU. EH?

Menangis. Mindfuck nya hidup. Apa semua ni? Pandang kiri kanan. Semua gelap. Depan tu je terang. Nak selangkah kedepan lagi dah tak boleh. Kejap. Nak cuba sentuh.


Eh, cermin.



Macam tengah tengok pita video zaman 1990-an. Ada vignette. Memang betul-betul throwback. Masa tu nampak mula mula dapat kaki, boleh berjalan. Masuk sekolah. Kenal dengan kawan-kawan. Masuk universiti. Kerja. Date dengan pasangan. Tapi....kenapa tu? Eh! boleh reverse tak? Nak tengok balik yang part tadi tu. Kenapa macam, menangis? Apa tu? Oh! Masa tu baru lepas dapat tahu bisnes down. Ok. Play. Lepas tu nampak kawan-kawan semua makan tak ajak. Kena remove dari whatsapp group. Kawan pergi Tomorrowland tak book kan tiket sekali.

APA SEMUA NI! KENAPA TINGGAL AKU?? KITA KAWAN KOT!

Jalan kaki balik rumah. Kosong. Rumah tak ada orang rupanya. Hm. Ok lah nak mandi. Nak tidur. Eh lupa nak message cakap "lebiu sayang". Ok bukak balik phone, typing......Ok. SEND! Tunggu kejap lah. Dia mesti balas balik kejap lagi.

20 minit kemudian...

Tak ada pun. Hm. Tak apa lah, tidur je lah. Esok lah balas. Phone pun letak mood silent sebab sakit hati tak dapat balik text "lebiu". Takpe. Tenang. Esok settle.

Tapi, yakin ke esok masih ada?

Yakin ke esok tu, masih boleh bangun call orang "kenapa you tak balas message i? i terlelap tunggu u"

Ah!!!! Boring lah part ni! Fast-forward. Zuuuppppp!!!!


Kosong! Hitam. Tengok cermin ada jalan kosong. Cuba lagi sekali pegang. Eh! Dah boleh lalu.

Jalan pelan-pelan. Takut jatuh lagi macam tadi. Kang malu kalau ada crush lalu lalang tengok.

Ops! Lupa. Sini tak ada orang. Makin lama lampu IKEA ni makin terang. Amboi. Teknologi apa ni. Silau betul! Kaki kanan dah langkahan ke 1000. Sekali...Dupppppppp!!!! GAUNG!!!!!!! ALLAH!!!!!!

Jatuh! Atas tilam king koil. Chill. Bahu tak sakit. Sapu sapu sikit. Oh mak kau! Terangnya! Mana ni. Serta Merta terasa macam ada satu magnet macam tarik semua neuron dalam otak. Baru teringat.

Hidup ni, dari gelap ke terang, terang ke gelap. Allah dah atur. Sakit tau jatuh tadi! Sakit hati! sebab terkejut. Tengah jalan tetibe masuk gaung. Maunye tak sakit? Sakit LAH!

Tapi terasa kepala kena ketuk. Terus sampai ke kaki getar dia tu. Penanda bahwa masa ni lah untuk bangkit. Kaki terus tegak berdiri. Tangan terus keras. Air mata kering macam dekat padang pasir. Kaki laju berjalan. Bilik gelap yang tadinya menakutkan kini dah ada taman. Ada bunga. Ada birds. Eh macam macam la. Macam syurga!

Lalu sorang pakcik ni cakap

"Nak, kaki tangan kita ni milik Tuhan. Andai kata suatu hari nanti, takdir awak jatuh di neraka ke 7 dunia, maka awak jangan sesekali lihat kebelakang seperti itu mimpi ngeri"

"Pakcik ni siapa? Kenapa ada dekat sini?"

"Pakcik jaga tempat ni. Anak bukan orang pertama yang sampai sini. Ingat ya nak. Setiap apa yang jadi, belajarlah untuk memafkan walaupun sukar untuk awak lupakan. Belajarlah untuk pandang kedepan walaupun sakit leher awak untuk lurus tegak. Belajarlah untuk lebih menghargai walaupun dipijak sampai ke lapisan ketujuh bumi. Dan belajarlah untuk memberi, kerana tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima."

"Tapi pakcik.."

"Eh pakcik nak ke depan sana. Awak, jalan elok elok. Bunga pun ada duri. Jalan tengok bawah juga. Jangan dongak keatas sangat. Nanti masuk duri dalam daging"

"Baiklah. Pakcik, terima kasih ya"

"Sama-sama nak"

Pijak slow slow jalan. Takut kena duri. Masuk daging sakit woooo. Terlanggar dinding! KENAPA ADA DINDING TENGAH TENGAH TAMAN NI????


Zuppp!!!! Alarm clock phone berbunyi serupa kejap lagi rumah nak terbakar.  Mak dah tercegat depan pintu. Kesat mata. Gosok lengan. Ok ngam! Semua ada! Ok.

Nampak mak senyum. Lalu mulut pun ringan, "Terima kasih mak"

Sambil pandang cermin, senyum lagi. Pegang dada. Allahu. Terima kasih. Mimpi tadi, memang indah. Nanti, kita jumpa lagi ya pakcik. Bye!

















Friday, September 25, 2015

JPN penuh sesak!

Hari ni dalam sejarah. Pergi JPN dan JPN  penuh gila guys! 

Ya betul juga sebab hari ni kan ramai parents yang cuti. Semua bawa anak anak mereka pergi buat mykad & sebagainya. 

Bayangkan, sampai-sampai terus dapat tahu turn awak lagi 300 orang. Terus rasa nak pitam. Wow! 

Nasib baik memang tak ada kerja lain so boleh lah nak tunggu. 

Ayuh lah menunggu. 


Thursday, September 24, 2015

COMING SOON

Faham tak lerasaan dia bila kau finally akan ada produk sendiri. Faham? 


MACAM TU LAH JIHA TENGAH RASA SEKARANG. 

Lepas dah dapat lebel, bawak pergi kedai untuk jahit lepas tu POOM! Dah boleh dah nak pasarkan! 😊😊😊

Nah! Sneak peak! 


Wednesday, September 16, 2015

The Visit

Well semalam jiha dapat peluang join primer screening untuk cerita terbaru The Visit.

Cerita The Visit ni mengisahkan tentang sepasang adik beradik yang mengunjungi atuk dan nenek dia dekat kampung untuk seminggu. Asalnya mereka ni nak bagi peluang kepada mak dorang ni untuk pergi 'bercuti' bersama kekasih mak dia. So, dorang mintak izin mak dorang untuk stay dengan atuk nenek seminggu sampai mak dia balik

Masa memula sampai semua ok. Tapi, dah setiap malam dorang berdua asyik dengar benda pelik pelik setiap jam 10.45 malam,1 hari si adik ni dah tak tahan & ajak kakak dia untuk letak kamera tersembunyi untuk rakam apa yang terjadi pada nenek & atuk dia. At first, kakak dia tak nak tapi lepas dah macam macam jadi so kakak dia have to agree to record apa dah jadi. 



Aha! Nak tahu tak apa jadi lepas tu?

Mana boleh cerita semua dalam ni! Korang kena lah pergi tengok The Visit dekat pawagam nanti ok! 

Rating: 6.5/10
Review: cerita ni best. Banyak part terkejut & suspense. Cuma dari awal korang dah boleh agak something wrong somewhere and dah nampak ending dia macam mana so, spoil sikit dekat situ. Tapi paling best setiap kali watak adik dia ada, korang mesti akan gelak besar. Cerita ni balance la. Ada cuak, ada terkejut, ada kelakar and ada sedih. All in one! Korang patut datang wayang and tengok! 












Tuesday, September 15, 2015

Concealer Ni Untuk Apa Eh?

Ok! Girls! Concealer ni sebenarnya dia macam foundation tapi texture dia lebih pekat berbanding dengan foundation dan memang bertujuan untuk menutupi cela pada muka anda.

Salah 1 cara untuk mendapatkan kulit yang flawless serupa bidadari adalah dengan memilih, concealer yang TEPAT!

So, berapa banyak jenis concealer yang ada dipasaran? Lets check this out!

1. Untuk Lingkaran Gelap Bawah Mata

Bagi mereka yang mempunyai masalah lingakran gelap bawah mata yang ketara, anda harus menggunakan concealer berwarna oren. Elakkan menggunakan concealer yang berwarna cerah kerana ia akan membuatkan mata anda tampak lebih bengkak. Ops?



See? makwe ni pakai concealer warna oren merah untuk tutupi lingkaran gelap bawah mata dan hasilnya? Tara!!!!!!! Back to normal color girls!!!

2. Untuk Menutupi Jerawat

Ya, kita semua tahu concealer ni macam 'nyawa' bagi wanita yang ada masalah jerawat. Esok nak date ni, tapi jerawat baru naik!!! OMG!!!! NO!!!!.

OK! Tenang gadis! Tenang!!! Penyelamat korang ada disini! Pilih concealer yang berwarna hijau! Ya pelik, tapi korang takkan menyesal sebab kulit korang akan kembali sekata.



Tapi sebenarnya ada yang cakap bila ada jerawat, better jangan pakai makeup yang tebal sebab itu akan menggalakkan lagi pertumbuhan jerawat seperti cendawan yang tumbuh di selepas hujan. ehemm. Anda tentukan. ok? :)

3. Untuk Menutupi Bekas Luka & Parut

Ramai pakar makeup yang sarankan kalau korang ada masalah macam ni, korang kena cari concealer yang sama dengan warna kulit korang tapi! Kena pakai tebal sikit then apply foundation. Tapi untuk yang ada masalah dengan parut jerawat yang sangat ketara ni, concealer korang tu beli lah 1 shade darker dari warna parut tu. then foundation kena sama warna dengan kulit. Barulah makeup korang takkan nampak terlalu gelap / kusam.

Sebenarnya, concealer ada banyak jenis, banyak jenama. Kalau korang mampu, Jiha sarankan beli lah MAC. sebab mac concealer pallet tu memang best! 1 bekas ada banyak warna and you girls boleh mix and match warna, which is cool! kalau rasa tak mampu, beli je la apa apa jenama pun asalkan anda tahu kegunaan dan tone anda. Mudah je.








So dah tahu kan macam mana nak gunakan concealer ikut warna dan tempat yang betul? So tunggu apa lagi? kalau dah salah beli tu, pergi beli yang baru! Or tunggu lah 28 september. Kan ada #MyCyberSale2015 :P

Untuk tips memilih foundation yang betul, anda boleh baca dekat entry yang lepas.

Alamak!!! Salah Beli Foundation!!!!!

Ramai sebenarnya yang selalu salah bila bab beli foundation. Sama ada terlalu cerah atau terlalu gelap.

Ok. nak kata kita pandai sangat pun tak de lah pulak tapi boleh lah nak bagi few tips untuk korang. 




Sebenarnya nak pilih foundation yang betul untuk korang tepek atas muka korang sebernarnya senang je! Nampak tak macam mana dalam gambar tu ajar?


  1. Ambil jenama foundation yang korang nak  
  2. kemudian amik secalit dan letakkan pada bahagian rahang. (macam dalam gambar dekat atas tu)
  3. ambik lah dalam 2 - 3 tone then letakkan dekat bahagian rahang. 
  4. lepas tu without wipe it off, tengok tone mana yang paling dekat / blend dengan warna kulit asal kita. 
  5. siap!
Mudah sebenarnya nak pilih warna foundation yang sesuai. Nak check korang punya tone bukan letak dekat kulit tangan ok! kulit tangan dengan muka lain tone dan struktur. So please jangan tertipu dengan tips mengarut tepi jalan.

Tapi ada orang sebab dia nak cover flaws dia kan? Just like i do. Takpe, concealer kan ada? :)



Apa? nak tahu pasal foundation apa pulak yang sesuai untuk jenis kulit? Ok! Sekejap lagi kita update yang baru ok. For now please hadam ni dulu. Jangan menyesal pulak di kemudian hari. 

Sunday, September 13, 2015

Micro Conversion

Nah! Tu dia! Nama kemain kan! Tapi apa benda alah sebenarnya tu? 

Well, sebenarnya iols pun baru terjebak balik dalam dunia camera ni sebab dah lama tinggalkan. Recently, lepas dah join balik ni makin minat nak amik tahu serba sedikit pasal lense and what not. 

Di sebabkan tak mampu nak beli wide lens yang mahal tu makanya kita amik langkah bijak dengan membeli 'sambungan' atau extension dia. Macam mana bentuk bendalah tu? Haaa macam ni guys..




Tu contoh dia lah. Sebenarnya ada banyak size dari yang kecik sampai yang besar. Ada converter yang specific untuk 1 size sahaja while ada juga yang korang boleh beli ring dia untuk mix and match dengan lens size yang berbeza. Korang just perlu beli ring tu sahaja ikut size lens korang. Converter tu akan fit in dengan ring tu. 

Kenapa iols cakap benda ni berbaloi? Sebab korang beli converter tu sekali je. Just beli ring tu je banyak (depends on lens korang). Ring tu just RM30 (depends on kedai). Way better kan daripada korang nak beli lens sebijik yang harga beribu tu. This converter will only cost you around RM300 and below. Excluding ring lah guys, of course. 

So kids, kalau rasa tak mampu beli lens, beli je converter. Nanti dah banyak duit beli lah lens. Ok? Neh nak belanja koleksi bebiboo









Friday, September 11, 2015

Makanan budget

Makan apa tu? 

Haaa! Untuk yang maybe tak tahu, ni makanan bajet. Tapi dah naik harga juga sebenarnya. 

Pecel lele - RM6
Pecel ayam - RM5
Pecel daging - RM5.50

Hm naik 50sen huh. Tapi still affordable lah guys. Kalau rasa tak cukup duit nak makan, halakan kereta anda ke padang jawa. Waze je. Mesti ada. 

Izinkan saya makan kejap ok? 

Bismillah 


Thursday, September 10, 2015

Ya Allah, Tetapkan Iman ku!!!


Nak mintak 1 je. Boleh tak nak ni sebagai hantaran? Allahu!!!!!! Tak kuat sangat rasa. Mengigil tangan masa update Travelogue of Najihah tadi untuk entry iPhone 6s and 6s Plus release tengah malam tadi.

Sabar semua!!!! iPhone seksi ni akan mula berada di pasaran Malaysia pada November onwards. Jadi, tetapkan iman anda ok!

Tuesday, September 8, 2015

Done!

Phewww.

Selesai sudah update blog Travelogue of Najihah. Click je nama tadi tu untuk tengok update semasa. 

Next, kita ada date dengan KJ uols! Hope managers semua tarakkkk *cross fingers*

Monday, September 7, 2015

Khans Skincare

Mesti nama ni kedengaran asing pada telinga korang kan?

Jangan risau. Iols pun macam tu juga mula mula. Tapi sebab diri sendiri dah pakai kan, so saja lah nak promote produk buatan Malaysia. 

TARAAAAA!! Memperkenalkan!! Khans Skincare!! meh nak tunjuk dulu dekat korang macam mana bentuknya produk ni.




Ni adalah kotak dia. Nampak simple kan? 




Macam ini lah dalam dia girls. Produk ni memang 4 in 1. Macam gambar bawah ni. 



Ok so basically ini adalah antara produk yang baru di Malaysia kalau tak silap saya lah. Sebab produk ni di lancarkan pun pada pertengah Ogos lepas. Memang masih hijau lagi lah orang kata. Tapi apa sebab saya tertarik nak menggunakan produk ni? Ok thanks to Nadia Annuar, crush saya, ehem. Nadia ada mention pasal produk ni dalam instagram dia. So saya pun tergerak hati lah nak tengok apa benda lah sebenarnya Khans Skincare ni sebenarnya. Lepas tu baru saya tahu ni adalah produk baru dan pengasas dia adalah sahabat baik Nadia sendiri. Ok then seorang Siti Najihah dia pantang sikit tengok feedback memberangsangkan ni. Makanya dia pun mulakan langkah pencarian. Godek dan jumpa lah Facebook Khans Skincare ni ha. 

Selain daripada Nadia, sebab lain adalah (selepas penyelidikan sendiri. hiks), produk ni menggunakan base daripada Switzerland. FUH! *lap peluh*. Jauh betul. Pati @ Base dia diperbuat di Switzerland dan di bawa ke Malaysia untuk di struktur sehingga menjadi Khans Skincare.





Kalau nak diikutkan dah ramai anak watan yang menghasilkan produk kecantikan sendiri tapi base mereka dari Malaysia je lah. Yang macam ni sampai ke Switzerland. Nak juga tahu kenapa Switzerland? apa istimewanya tempat tu? (laju laju whatsapp founder..oh takde number. hm k)

Anyway, dalam barisan produk ni, kita paling sukaaaaaa sangat day cream dia. Ya Allah! Girls, seriously ok? Rasa macam pakai pedak je. Lepas tepek, sapu, terus kering ok? Tak cakap banyak dah! Memang puas hati sangat. rasa macam..argh!!!! Korang memang kena cuba! Serious. Ok nak kenalkan apa 4in1 Khans Skincare ni, Ayuh!



Ok, ini adalah cleanser/pembersih muka. Ia mengandungi ALOE VERA EXTRACT. Aloe vera untuk melembapkan kulit tanpa memberikan kesan berminyak. Tomato extract untuk mengecilkan liang pori dan melembutkan kulit. Ni untuk awak yang ada masalah jerawat/penyakit kulit memang sesuai. Selain dari tu, ia juga mengandungi Linolenic Acid yang boleh mengurangkan penyakit ekzema & jerawat. 


Yang ini adalah toner. Mempunyai Hazel extract yang berfungsi sebagai pembasmi kuman @ antiseptik. Ia juga mempunyai Lircorice Extract yang boleh mengurangkan pigmentasi & mencerahkan kulit. 


BB Cream. Mengandungi Argan Oil yang berfungsi sebagai melembut dan melembab bahkan ia juga menjadi pencegah jerawat, mencegah penuaan, dan flex hitam. 


Beauty Cream. Mengandungi Plant Stem Cell yang menggalakkan pembaikan dan pertumbuhan sel baru. Gluthathione pula dikenali sebagai master anti oksida. Ia mampu memberikan kesan terbaik untuk mencerahkan kulit anda. 


Phew! Penat akak jadi promoter dik. Hiks. Ok itu lah barisan produk Khans Skincare yang perlu korang tahu kalau korang berminat untuk membeli. Harga pun worth every penny babe. Benda kau dapatkan daripada Swiss kot. RM99 SAHAJA tidak termasuk postage ya anak-anak. 

So kalau dah berkenan, jangan lupa layari Facebook Khans Skincare untuk dapatkan 1 set untuk awak sendiri. Meanwhile!!!! Enjoyceeeeee lah kecantikan pengasas Khans Skincare ni girls! (Nasib baik iols di jalan yang lurus)







Sumber Info & Gambar: Facebook Khans Skincare

Acute Otitis Media?

Siapa je yang pernah dengar pasal AOM?

Korang mesti pernah kena cuma tak pernah nak amik tahu kenapa dengan korang is it? After all lepas nampak nama AOM ni apa korang fikir? Kepala? Kaki? Badan? Jari? Apa? 

Ok. Acute Otitis Media atau dalam bahasa melayu nya adalah Radang Telinga Tengah. AOM adalah radang sebahagian atau seluruh mukosa telinga tengah, tuba eustachius, antrum mastoid, dan sel-sel mastoid yang terjadi dalam waktu kurang dari 3 minggu. 



Kebiasaannya, AOM ini menyerang kanak-kanak dan juga bayi. Antara tanda-tanda anda terkena AOM adalah anda berkemungkinan kehilangan pendengaran (bukan secara total). Selain dari itu, anda turut akan merasa sedikit tekanan pada telinga yang terkena AOM. 







Sekiranya anda terkena AOM, anda mungkin kan:

1) bonjolan pada kuadran posterior selaput anak telinga
2) penampilan melecur pada lapisan epitelium
3) selaput anak telinga berlubang
4) kehadiran legap seperti exudate
5) sakit iaitu dengan atau tanpa denyutan 
6) demam


So, itulah serba sedikit pasal AOM. Well, pernah kena sebelum ni cuma tak pasti apa bendalah tu sebab tak pernah kisah. Cuma kali ni nak kena kisah sebab rasa sangat tak selesa. Rasa macam badan tu tak balance langsung and pening lalat. So, amik MC. Untuk penyakit AOM ni doktor akan bagi 3 benda je. 

1) travid otic drops
2) amoxycillin (antibiotic)
3) analgesic (pain killer)


And all this cost me RM75 πŸ˜”. Mahalnya. Haih. Anyway. Semoga sihat cepat. Bendalah ni langsung tak selesa ok! Hm


News: Medscape

Sunday, September 6, 2015

Chillin' Kindda Day

Weekend masa untuk apa guys?????


Ya! Masa untuk santai santai. Dengan baju kurung dan masih berkurung, datang KLCC untuk ada masa bersosial dengan kawan kawan. 

Fuh! Selamat hujung minggu. Esok dah kerja! Padan muka. 

Okbye


Friday, September 4, 2015

Thank You TGV!!

Semalam masa tengah kerja, dapat phone call dari delivery man.

"hello kak, saya nak hantar barang ni. Ada orang tak?"

"oh hai. Saya tengah kerja ni. Masukkan je dalam mailbox tu."

"Tak muat lah kak"

"Eh mailbox saya tak pernah kunci. U can open it"

"Kalau saya letak dekat security boleh?"

"Anyway siapa sender?"

"TGV kak"

"Ok then, letak je lah dekat security"

Makanya iols mula berteka teki apa yang ada dalam box tu. Something missing somewhere konon nya. Ok fine

So dah sampai rumah iols pergi la collect barang dekat guard. Bila bukak....jeng jeng jengggggg'



IOLS MENANG CONTEST! hahaha Jam Reebok dik. Mampo? Terkedu akak.

Terima kasih TGV!!! Terima kasih untuk hadiah ni! Saya akan letak atas dulang hantaran nanti :")






Thursday, September 3, 2015

Like, hello?

Sebenarnya ini dah dekat seminggu. Tapi baru nak post. Lol.

Anyway, i really, madly in love with this 'toy'. Full HD video woi! Akak dah boleh mendiva dah lepas ni. Hey! Tak payah bawak camera berat dah lepas ni. *phew*.

Bloggers, if you are looking for a compact/mirror less camera, i really recommend this EOS M. Really power i tell you. 

Mahal? Nak murah? Hah! Pergi Times Square level 6. Cari 1 kedai camera sebelah toilet. Kecik je kedai tu. Dekat situ semua item murah! Tell you what, you'll surely screaming out loud bila tau harga dia. Like i did. 

Tell you. You're not gonna regret that. 

Welcome baby 😘 

Thank you fiancΓ© 

Ini Cherita Kita?

Tada!!

Nama blog pun dah classic sangat. Tulisan dulu je yang tulis CHERITA instead of CERITA.

Nothing much. I already have a blog which I,literally, use it for my formal and work purposes. Takkan lah nak meroyan cerita pasal boss or member baik dalam blog kerja kan? macam tak proper pulak.

Sebabkan sis jenis suka menulis, maka sis insist untuk buat 1 lagi blog lain yang sis boleh meroyan dan hanya korang sahaja yang baca. Mudah kan hidup ni? So kenapa nak kena rumit kan? Ok dah jauh terpesong.


Anyway, welcome on board guys! Apa sahaja selain daripada formality seorang Siti Najihah, semua korang akan dapati dari sini. Mudah je sebenarnya. Yang mana nak update kan diri korang mengenai status semasa or events or journey boleh ke blog 1 lagi.


EH PENING LAH! 

Jangan lah pening. Cool down, Cool down! 

Nah! Iols bagi link blog 1 lagi untuk memudahkan korang. Travelogue of Najihah nama diberi. 

Enjoys!!! Lepas ni jaga la boss iols tu. Semua kata nista dan dusta akan di lemparkan di ruangan ini. Sebab ini kan Cherita Kita?

Gitu. Ok Bye!