Sunday, September 27, 2015

Tapi Pakcik..........

Kehidupan kita ni ada banyak peringkat.

Bermula dari zaman seketul darah, menjadi seketul daging, menjadi seorang manusia, mengikut hala tuju kiri mahupun kanan, dan akhir sekali, mati. Dan semua orang tentunya seorang 'coach' yang sentiasa beri semangat, positive vibes dan berdiri di belakang sambil cakap 'nahhh. chill lah!'

Setiap kali kita tutup mata, kita semua adalah manusia yang koma. Kalau ada rezeki Allah bagi, kita bangun. Kalau tak ada, kita 'tidur' selamanya. Sebab apa? Sebab setiap hidup itu adalah percaturan sama ada menang mahupun kalah. Sama ada di atas mahupun di bawah. Apa sekali pun takdir yang Tuhan dan tetapkan dari luh mahfuz sudah tentunya yang terbaik untuk semua orang, baik yang islam, baik yang bukan islam.

Tapi pernah tak sekali je korang terfikir, apa akan jadi esok? Minda tiba-tiba kosong. Tiba-tiba rasa nak muntah. Tiba-tiba rasa nak menangis. Takut. Seriau. Kehilangan. Bila tiba tiba korang bangun esok pagi, dunia ni gelap. Tak macam semalam sebelum tidur ada lampu kalimantan yang cantik beli dekat IKEA harga RM29.99. Kali ni gelap. Rasa serupa dah 3 bulan terlupa bayar bill letrik. Masa tu mula lah nak cari phone sebab nak guna lampu. Tapi lupa. Kan letrik tak ada? Semalam lupa nak cas phone. Sekali lagi blank. Nak buat apa ni? Nak call orang pun tak boleh. Nak guna lampu pun tak boleh. Keras. Kepala buntu. Rasa sikit lagi nak menjerit. Adoi! Sakit!

Lepas tu korang nak buat apa? Terus duduk? Terus menangis sampai Izrail memanggil?

Eh ke memang sekejap lagi Mungkar Nangkir datang check-in swarm? Allahu! MAK! AYAH! Kenapa semua ni!!!??

Lalu datang satu suara. Bangun! Dunia ni belum berakhir. Masa tu tiba-tiba korang rasa macam menang loteri walaupun Tuhan marah. Masa tu rasa macam baru dapat duit 10billion daripada dermawan dunia. Suara siapa tu?! Kenapa tak nampak muka pun? Kejap! Cuba ulang balik? Sebab nak dengar suara tu dari kiri ke kanan?

HEY!!! Cuba pekik lagi sekali! Nak dengar!!!

..............................

Sunyi. Allah! Siapa yang cakap tadi tu? Kenapa dia dah tak menyahut? Sekali je lagi! HEY! SEKALI JE LAGI LAH!

.............................

Kali ni jangan kata suara, cengekerik pun dah ada butang mute. Sepi betul. Nak terkencing tak? Kenapa sebenarnya? Ni dekat mana ni? Jawab lah! Kenapa semua orang diam? Apa salah aku?

...........................




Sekali lagi, butang mute ni selalunya ada dalam twitter je tapi kali ni realiti pun dah macam si burung biru. Kena mute. Senyap je semua. Sepi.

Kaki cuba bangun. Terketar sikit. Nak lari, tersadung pulak. Allah, dugaan apa ni? Aku silap dekat mana? Tangan pun menggeletar tak tau sakit apa? Mana klinik? Mana ER? Phone pulak mati.

Tiba-tiba nampa garis halus. Warna putih. Hati melompat! Kepala masih blank. Ni garis apa ni? Nak kena ikut ke nak kena biar ke? Kejap! Nak fikir.


Ok! IKUT!



Makin lama makin terang. Mak dah bayar bill letrik ke? Ke lampu IKEA dah menyala balik?

Eh! Ada pintu! Cuba tolak. Nampak apa?

EH! ITU, AKU! EH! HABIS TU NI AKU. EH?

Menangis. Mindfuck nya hidup. Apa semua ni? Pandang kiri kanan. Semua gelap. Depan tu je terang. Nak selangkah kedepan lagi dah tak boleh. Kejap. Nak cuba sentuh.


Eh, cermin.



Macam tengah tengok pita video zaman 1990-an. Ada vignette. Memang betul-betul throwback. Masa tu nampak mula mula dapat kaki, boleh berjalan. Masuk sekolah. Kenal dengan kawan-kawan. Masuk universiti. Kerja. Date dengan pasangan. Tapi....kenapa tu? Eh! boleh reverse tak? Nak tengok balik yang part tadi tu. Kenapa macam, menangis? Apa tu? Oh! Masa tu baru lepas dapat tahu bisnes down. Ok. Play. Lepas tu nampak kawan-kawan semua makan tak ajak. Kena remove dari whatsapp group. Kawan pergi Tomorrowland tak book kan tiket sekali.

APA SEMUA NI! KENAPA TINGGAL AKU?? KITA KAWAN KOT!

Jalan kaki balik rumah. Kosong. Rumah tak ada orang rupanya. Hm. Ok lah nak mandi. Nak tidur. Eh lupa nak message cakap "lebiu sayang". Ok bukak balik phone, typing......Ok. SEND! Tunggu kejap lah. Dia mesti balas balik kejap lagi.

20 minit kemudian...

Tak ada pun. Hm. Tak apa lah, tidur je lah. Esok lah balas. Phone pun letak mood silent sebab sakit hati tak dapat balik text "lebiu". Takpe. Tenang. Esok settle.

Tapi, yakin ke esok masih ada?

Yakin ke esok tu, masih boleh bangun call orang "kenapa you tak balas message i? i terlelap tunggu u"

Ah!!!! Boring lah part ni! Fast-forward. Zuuuppppp!!!!


Kosong! Hitam. Tengok cermin ada jalan kosong. Cuba lagi sekali pegang. Eh! Dah boleh lalu.

Jalan pelan-pelan. Takut jatuh lagi macam tadi. Kang malu kalau ada crush lalu lalang tengok.

Ops! Lupa. Sini tak ada orang. Makin lama lampu IKEA ni makin terang. Amboi. Teknologi apa ni. Silau betul! Kaki kanan dah langkahan ke 1000. Sekali...Dupppppppp!!!! GAUNG!!!!!!! ALLAH!!!!!!

Jatuh! Atas tilam king koil. Chill. Bahu tak sakit. Sapu sapu sikit. Oh mak kau! Terangnya! Mana ni. Serta Merta terasa macam ada satu magnet macam tarik semua neuron dalam otak. Baru teringat.

Hidup ni, dari gelap ke terang, terang ke gelap. Allah dah atur. Sakit tau jatuh tadi! Sakit hati! sebab terkejut. Tengah jalan tetibe masuk gaung. Maunye tak sakit? Sakit LAH!

Tapi terasa kepala kena ketuk. Terus sampai ke kaki getar dia tu. Penanda bahwa masa ni lah untuk bangkit. Kaki terus tegak berdiri. Tangan terus keras. Air mata kering macam dekat padang pasir. Kaki laju berjalan. Bilik gelap yang tadinya menakutkan kini dah ada taman. Ada bunga. Ada birds. Eh macam macam la. Macam syurga!

Lalu sorang pakcik ni cakap

"Nak, kaki tangan kita ni milik Tuhan. Andai kata suatu hari nanti, takdir awak jatuh di neraka ke 7 dunia, maka awak jangan sesekali lihat kebelakang seperti itu mimpi ngeri"

"Pakcik ni siapa? Kenapa ada dekat sini?"

"Pakcik jaga tempat ni. Anak bukan orang pertama yang sampai sini. Ingat ya nak. Setiap apa yang jadi, belajarlah untuk memafkan walaupun sukar untuk awak lupakan. Belajarlah untuk pandang kedepan walaupun sakit leher awak untuk lurus tegak. Belajarlah untuk lebih menghargai walaupun dipijak sampai ke lapisan ketujuh bumi. Dan belajarlah untuk memberi, kerana tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima."

"Tapi pakcik.."

"Eh pakcik nak ke depan sana. Awak, jalan elok elok. Bunga pun ada duri. Jalan tengok bawah juga. Jangan dongak keatas sangat. Nanti masuk duri dalam daging"

"Baiklah. Pakcik, terima kasih ya"

"Sama-sama nak"

Pijak slow slow jalan. Takut kena duri. Masuk daging sakit woooo. Terlanggar dinding! KENAPA ADA DINDING TENGAH TENGAH TAMAN NI????


Zuppp!!!! Alarm clock phone berbunyi serupa kejap lagi rumah nak terbakar.  Mak dah tercegat depan pintu. Kesat mata. Gosok lengan. Ok ngam! Semua ada! Ok.

Nampak mak senyum. Lalu mulut pun ringan, "Terima kasih mak"

Sambil pandang cermin, senyum lagi. Pegang dada. Allahu. Terima kasih. Mimpi tadi, memang indah. Nanti, kita jumpa lagi ya pakcik. Bye!

















No comments:

Post a Comment