Saturday, October 17, 2015

Jom Makan Kawan?

Dalam dunia ni, kita akan berdepan dengan pelbagai jenis manusia. 

Ada yang memang datang sebab nak jadi kawan kita.

Ada yang memang datang sebab nak tengok kita tak boleh pergi lagi jauh daripada dia.

Ya! Allah ciptakan kita sama hitam rambutnya (walaupun sekarang orang dah boleh dye rambut) tapi hati ni lain lain. 

Kalau nak sembang pasal di khianati or berjumpa dengan manusia yang kaki kipas boss/orang atasan ni, heh, been there, done that.

Cuma satu lah nak pesan.

Andai kata korang berjodoh dengan manusia yang memang pesen depan depan serupa malaikat, belakang serupa jim afrit, pandai pandai lah korang ubah hala tuju dalam perspective berkawan. 

Hilang 1 kawan yang 'makan' kawan ni tak rugi apa pun. Perit lagi hilang kepercayaan yang korang dah build lama.

Hidup ni karma. 

Biarkan dia dengan palat dia. Korang teruskan mendaki. Selagi tak kiamat, Tuhan dah janjikan bahagian semua orang ada tarafnya. 

Jangan sedih. 













Sunday, October 11, 2015

Kita Semua Sama

Jarang sebenarnya kaki ni nak mendarat dalam mana mana pengangkutan awam.


Almaklumlah dah biasa berkereta. 

Tapi hari ni naik juga lah sebab ada kecemasan. Anyway. Bila korang naik train/bus apa yang korang nampak sebenarnya? Bila pandang kiri, kanan, hati hati bila di jalanan? 

Ok bukan! Itu lagu Polis Evo. 

Now, dalam train, aku nampak nampak apa tau? Aku nampak kiri kanan depan aku semua manusia yang berbeza. Berbeza agama itu dah pasti lah. Berbeza pemakaian, berbeza cara duduk, berbeza cara melihat. 10 kali tengok kiri, tengok kanan. Ok. Sah! Memang betul Allah tu adil. Dia jadikan lelaki & perempuan berpasangan. Perempuan dan perempuan bersahabat. Lelaki & lelaki bergaul. 

Memang hidup ini pelbagai. Yang sama hanya 1. Fahaman mengenai ekonomi Malaysia & doa dari setiap rakyat agar Malaysia kembali stabil seperti dulu. 













Friday, October 9, 2015

Terima Kasih Tuhan

Hidup ni kadang memang palat.

Bila kau cuba nak bangun, ada je angin kencang yang datang pukul bahu kau sampai kau jatuh tergolek golek.

Bila kau rasa sakit jiwa, ada je syaitan yang akan datang rosakkan iman kau serupa kau lupa kau ada Tuhan.

Palat kan? Memang pun. 

Hari ni. Aku rasa Allah dah jadikan aku satu tingkat lebih dewasa dari semalam. Aku bangun pagi, aku bersiap, aku pakai jubah hari ni. Nawaitu Lillahitaala sebab nak dapat rezeki jumaat. InsyaAllah. Sampai-sampai je Nu Sentral, parking banyak penuh. Ya lah pulak, jumaat kan? 

Alhamdulillah aku selalu ada kawan yang tak pernah jemu nak bagi tunjuk ajar. Maka hari ni Allah berikan aku 1 ilmu baru. Macam mana nak cold calling. Thanks Feena. 

On the way nak ke Shah Alam, aku dapat news. Ya Allah. sakitnya. Rasa macam nak tumbuk semua orang yang ada di sekeliling. Call ayah. Makin sakit. Sebab sepanjang hayat aku tak pernah sekali pun aku merayu dekat orang yang aku benci. Tak pernah sekali. Tapi aku buat. Sebab aku fikir, aku memang perlukan benda tu. Ok. 

Keadaan makin rumit. Sampai aku berfikir. Kenapa manusia suka merumitkan keadaan. Kenapa, melayu nak kena tindas melayu? Kalau selama ni aku tahan sabar aku. Aku tahan segala amarah aku sebab aku kenangkan "Karma hits you back really bad". Kalau dulu aku selalu fikir "cina memang suka tindas melayu". Tapi sebenarnya aku silap. Melayu yang tindas melayu sebenarnya. Orang cina mana ada nak kisah sangat kau buat apa.

Iman memang nipis hari ni. Oh bukan nipis! Memang dah tak ada langsung! Sampai rasa nak lari tapi tak tahu kemana. Masa tu memang menangis. Rasa macam the whole world against you! 

Tapi kawan aku cakap "babe, kalau you nak nangis hari ni, nagis lah sampai you puas. Esok you bangun you kena janji dengan diri you. You akan jadi lebih baik daripada hari ni! I percaya, Allah adil dengan semua hambaNya. Satu hari nanti, orang yang ainaya you akan dapat balasan dia. I percaya you boleh buat semua ni"

Terus aku berhenti tersentak. Aku bangun! Aku memang rasa takut tapi takut lagi aku kalau hujung bulan aku tak boleh nak bayar bill letrik/bill phone/sewa rumah. Maka aku janji 1 benda. "Ya Allah! Dunia ni bulat. Hari ni aku jatuh mungkin sebab aku selalu lupa Engkau selalu ada. Tapi aku janji. Aku akan buktikan mereka silap! Maka kau berilah aku jalan supaya aku bangkit untuk esok. Amin"

Terima kasih Amalina. Terima kasih sebab selalu ada bilamana I selalu perlukan you. Sebab you selalu rasa sakit sama macam sakit yang I rasa. Thank you so much!