Friday, October 9, 2015

Terima Kasih Tuhan

Hidup ni kadang memang palat.

Bila kau cuba nak bangun, ada je angin kencang yang datang pukul bahu kau sampai kau jatuh tergolek golek.

Bila kau rasa sakit jiwa, ada je syaitan yang akan datang rosakkan iman kau serupa kau lupa kau ada Tuhan.

Palat kan? Memang pun. 

Hari ni. Aku rasa Allah dah jadikan aku satu tingkat lebih dewasa dari semalam. Aku bangun pagi, aku bersiap, aku pakai jubah hari ni. Nawaitu Lillahitaala sebab nak dapat rezeki jumaat. InsyaAllah. Sampai-sampai je Nu Sentral, parking banyak penuh. Ya lah pulak, jumaat kan? 

Alhamdulillah aku selalu ada kawan yang tak pernah jemu nak bagi tunjuk ajar. Maka hari ni Allah berikan aku 1 ilmu baru. Macam mana nak cold calling. Thanks Feena. 

On the way nak ke Shah Alam, aku dapat news. Ya Allah. sakitnya. Rasa macam nak tumbuk semua orang yang ada di sekeliling. Call ayah. Makin sakit. Sebab sepanjang hayat aku tak pernah sekali pun aku merayu dekat orang yang aku benci. Tak pernah sekali. Tapi aku buat. Sebab aku fikir, aku memang perlukan benda tu. Ok. 

Keadaan makin rumit. Sampai aku berfikir. Kenapa manusia suka merumitkan keadaan. Kenapa, melayu nak kena tindas melayu? Kalau selama ni aku tahan sabar aku. Aku tahan segala amarah aku sebab aku kenangkan "Karma hits you back really bad". Kalau dulu aku selalu fikir "cina memang suka tindas melayu". Tapi sebenarnya aku silap. Melayu yang tindas melayu sebenarnya. Orang cina mana ada nak kisah sangat kau buat apa.

Iman memang nipis hari ni. Oh bukan nipis! Memang dah tak ada langsung! Sampai rasa nak lari tapi tak tahu kemana. Masa tu memang menangis. Rasa macam the whole world against you! 

Tapi kawan aku cakap "babe, kalau you nak nangis hari ni, nagis lah sampai you puas. Esok you bangun you kena janji dengan diri you. You akan jadi lebih baik daripada hari ni! I percaya, Allah adil dengan semua hambaNya. Satu hari nanti, orang yang ainaya you akan dapat balasan dia. I percaya you boleh buat semua ni"

Terus aku berhenti tersentak. Aku bangun! Aku memang rasa takut tapi takut lagi aku kalau hujung bulan aku tak boleh nak bayar bill letrik/bill phone/sewa rumah. Maka aku janji 1 benda. "Ya Allah! Dunia ni bulat. Hari ni aku jatuh mungkin sebab aku selalu lupa Engkau selalu ada. Tapi aku janji. Aku akan buktikan mereka silap! Maka kau berilah aku jalan supaya aku bangkit untuk esok. Amin"

Terima kasih Amalina. Terima kasih sebab selalu ada bilamana I selalu perlukan you. Sebab you selalu rasa sakit sama macam sakit yang I rasa. Thank you so much! 

No comments:

Post a Comment