Saturday, October 17, 2015

Jom Makan Kawan?

Dalam dunia ni, kita akan berdepan dengan pelbagai jenis manusia. 

Ada yang memang datang sebab nak jadi kawan kita.

Ada yang memang datang sebab nak tengok kita tak boleh pergi lagi jauh daripada dia.

Ya! Allah ciptakan kita sama hitam rambutnya (walaupun sekarang orang dah boleh dye rambut) tapi hati ni lain lain. 

Kalau nak sembang pasal di khianati or berjumpa dengan manusia yang kaki kipas boss/orang atasan ni, heh, been there, done that.

Cuma satu lah nak pesan.

Andai kata korang berjodoh dengan manusia yang memang pesen depan depan serupa malaikat, belakang serupa jim afrit, pandai pandai lah korang ubah hala tuju dalam perspective berkawan. 

Hilang 1 kawan yang 'makan' kawan ni tak rugi apa pun. Perit lagi hilang kepercayaan yang korang dah build lama.

Hidup ni karma. 

Biarkan dia dengan palat dia. Korang teruskan mendaki. Selagi tak kiamat, Tuhan dah janjikan bahagian semua orang ada tarafnya. 

Jangan sedih. 













No comments:

Post a Comment