Tuesday, December 8, 2015

Mudah Ke Bertunang?




Bertunang ni satu benda yang mana mana pasangan pun nak. 

kira macam 1 step dah melangkah masuk ke alam baru sebelum nak berumah tangga. kan? But then, pernah tak korang prepare mental dan fizikal korang untuk hadap kehidupan yang mendatang? Dah bersedia nak duduk dah menghadap bebelan mak ayah bila anda nampak macam sambil lewa? Dah bersedia nak mengalami masalah sakit kepala berhadapan dengan masalah kewangan? Dah besedia semua tu?


Ok none of us pun bersedia sebab kita semua menjangkakan semua pertunangan tu dah selangkah lebih mudah sedangkan tidak. Ok let me share my experiences. Read carefully. 

Sebulan Pertama Pertunangan:

Sebulan pertama bertunang semua nampak indah. Wow! Dah jadi tunangan orang. Keep on throwback gambar masa tunang. Keep on posting "ahh tak sabarnya nak kahwin" things like that. Pretty awesome though. 

September 22, 2015:

Titik perubahan dalam kehidupan. Memang ini paling saka sekali saya patut cakap. Di masa saya memerlukan tabungan / dana yang banyak untuk majlis perkahwinan saya, saya terpaksa berhenti kerja kerana beberapa faktor dalaman syarikat yang tidak mengizinkan saya duduk berlama lama di sana. Masa ni, rasa macam "Alamak. Mana nak dapat duit ni?"

Mula pening kepala yang amat sebab ye lah dah tak ada kerja kan? Dah mula fikir, ok lah kalau tak boleh nak menyimpan duit, mana pulak nak cekau duit makan? duit bayar sewa rumah? duit untuk pergi event? Allahu. Masa tu terasa beratnya. Tapi nasib baik kawan baik ajak join Public Mutual. Buat duit dari sana. Another glad to Allah I should say? Amin. 

Dalam pada berat berat tak boleh nak makan sedap, beli baju lawa or update makeup collection, saya bersyukur 1 benda. Saya dah menyimpan lama untuk kahwin. So saya masih mampu nak bayar baju kahwin, kad kahwin, photographer dan sebagainya berkaitan perkahwinan. Alhamdulillah. 


Disember, 2015:

3 bulan sebelum perkahwinan. Persiapan dah almost done tapi masih ada lompong sana sini lah of course. Masa ni saya perasan saya kerap rasa "betul ke aku dah nak kahwin ni?". "eh betul ke dia?". "tak nak kahwin boleh tak?". 

Faham tak? perasaan bercanggah dari nawaitu asal. Setiap kali bangun tidur mesti rasa susah hati. Tak tahu apa akan jadi esok. Rasa macam "semalam aku bangun tidur aku masih mampu makan sedap, beli baju baru. Kenapa hari ni lain?". Bahaya kan perasaan tu? Kerap bergaduh dengan tunang? Hah! Jangan cakap. Ada je percanggahan pendapat. Tapi saya bernasib baik 1 benda. Dia selalu cakap; "B. InsyaAllah nanti kita boleh makan sedap macam orang lain. Pakai kereta lawa macam orang lain & anak-anak kita boleh belajar bagus macam anak orang lain. Sabar eh?"

Luluh air mata. Kadang tu sebelum tidur bercakap sendiri; "Tuhan, sakit betul ujian ni. Tapi aku tahu kenapa Kau bagi ni pada aku. Sebab aku selalu lupa pada Kau sedangkan Kau tak pernah lupa limpahkan rezekiMu pada hambaMu yang pelupa ni kan?". 

Perasaan "tak nak lah kahwin dengan dia ni. Dia tak pandai jaga hati aku!" tu semua syaitan. Kadang tu bergurau biasa pun dah tersentuh, Walhal masa sebelum bertunang masih boleh ketawa ketawa kalau bergurau macam tu. Why masa bertunang ni semua jadi sensitif? Itulah, kita manusia kadang tak boleh nak resist benda ni. Sebab kita semua ada nafsu. Nafsu nak makan mewah sedap. Nafsu nak beli benda mahal or cantik. We all did. Cuma macam mana kita nak handle itu terpulang pada kita. Syaitan memang suka kalau orang yang dah selangkah ke arah perkahwinan tu tiba-tiba tak jadi kahwin. Sebab apa? Sebab dia paling benci orang yang bina masjid. 



So macam mana? Mudah ke sebenarnya alam pertunangan ni? Sentiasa manis ke seperti dalam fairy tale? Apa yang anda baca ni baru sedikit kalau nak di bandingkan dengan realiti lain. Bila awak dah selangkah ke alam pertunangan, financial kena mantap. Iman kena kuat. Akal kena panjang. Perasaan nak putuskan pertunanagn tu anda akan lalui. Tapi kebiasaannya akal perempuan lah yang paling pendek. Tapi apa apa pun, come back to the root. Fikir balik sepanjang panjangnya. Kalau dari awal awak menerima lamaran atau melamar orang tu, means awak dah berjanji dengan diri awak untuk melalui susah senang bersama. Betul? so kenapa dugaan yang remeh pun awak nak take it seriously? 

Kuatkan hati. Kalau rasa hati awak masih rapuh, jangan bertunang. Kerana pertunangan ini satu ikatan yang paling rapuh. Mudah pudar, mudah lusuh, mudah tanggal. Tapi kalau awak kuat, InsyaAllah awak dan pasangan akan melayari bahtera rumahtangga yang panjang. 

Selamat bertunang kepada anda yang baru bertunang. Jika anda punyai pengalaman yang sama macam saya, share it down below! Semoga ia menjadi renungan kepada yang membaca. Amin. 

Best of luck! 

No comments:

Post a Comment