Monday, September 7, 2015

Acute Otitis Media?

Siapa je yang pernah dengar pasal AOM?

Korang mesti pernah kena cuma tak pernah nak amik tahu kenapa dengan korang is it? After all lepas nampak nama AOM ni apa korang fikir? Kepala? Kaki? Badan? Jari? Apa? 

Ok. Acute Otitis Media atau dalam bahasa melayu nya adalah Radang Telinga Tengah. AOM adalah radang sebahagian atau seluruh mukosa telinga tengah, tuba eustachius, antrum mastoid, dan sel-sel mastoid yang terjadi dalam waktu kurang dari 3 minggu. 



Kebiasaannya, AOM ini menyerang kanak-kanak dan juga bayi. Antara tanda-tanda anda terkena AOM adalah anda berkemungkinan kehilangan pendengaran (bukan secara total). Selain dari itu, anda turut akan merasa sedikit tekanan pada telinga yang terkena AOM. 







Sekiranya anda terkena AOM, anda mungkin kan:

1) bonjolan pada kuadran posterior selaput anak telinga
2) penampilan melecur pada lapisan epitelium
3) selaput anak telinga berlubang
4) kehadiran legap seperti exudate
5) sakit iaitu dengan atau tanpa denyutan 
6) demam


So, itulah serba sedikit pasal AOM. Well, pernah kena sebelum ni cuma tak pasti apa bendalah tu sebab tak pernah kisah. Cuma kali ni nak kena kisah sebab rasa sangat tak selesa. Rasa macam badan tu tak balance langsung and pening lalat. So, amik MC. Untuk penyakit AOM ni doktor akan bagi 3 benda je. 

1) travid otic drops
2) amoxycillin (antibiotic)
3) analgesic (pain killer)


And all this cost me RM75 😔. Mahalnya. Haih. Anyway. Semoga sihat cepat. Bendalah ni langsung tak selesa ok! Hm


News: Medscape

No comments:

Post a Comment