Monday, September 7, 2015

Khans Skincare

Mesti nama ni kedengaran asing pada telinga korang kan?

Jangan risau. Iols pun macam tu juga mula mula. Tapi sebab diri sendiri dah pakai kan, so saja lah nak promote produk buatan Malaysia. 

TARAAAAA!! Memperkenalkan!! Khans Skincare!! meh nak tunjuk dulu dekat korang macam mana bentuknya produk ni.




Ni adalah kotak dia. Nampak simple kan? 




Macam ini lah dalam dia girls. Produk ni memang 4 in 1. Macam gambar bawah ni. 



Ok so basically ini adalah antara produk yang baru di Malaysia kalau tak silap saya lah. Sebab produk ni di lancarkan pun pada pertengah Ogos lepas. Memang masih hijau lagi lah orang kata. Tapi apa sebab saya tertarik nak menggunakan produk ni? Ok thanks to Nadia Annuar, crush saya, ehem. Nadia ada mention pasal produk ni dalam instagram dia. So saya pun tergerak hati lah nak tengok apa benda lah sebenarnya Khans Skincare ni sebenarnya. Lepas tu baru saya tahu ni adalah produk baru dan pengasas dia adalah sahabat baik Nadia sendiri. Ok then seorang Siti Najihah dia pantang sikit tengok feedback memberangsangkan ni. Makanya dia pun mulakan langkah pencarian. Godek dan jumpa lah Facebook Khans Skincare ni ha. 

Selain daripada Nadia, sebab lain adalah (selepas penyelidikan sendiri. hiks), produk ni menggunakan base daripada Switzerland. FUH! *lap peluh*. Jauh betul. Pati @ Base dia diperbuat di Switzerland dan di bawa ke Malaysia untuk di struktur sehingga menjadi Khans Skincare.





Kalau nak diikutkan dah ramai anak watan yang menghasilkan produk kecantikan sendiri tapi base mereka dari Malaysia je lah. Yang macam ni sampai ke Switzerland. Nak juga tahu kenapa Switzerland? apa istimewanya tempat tu? (laju laju whatsapp founder..oh takde number. hm k)

Anyway, dalam barisan produk ni, kita paling sukaaaaaa sangat day cream dia. Ya Allah! Girls, seriously ok? Rasa macam pakai pedak je. Lepas tepek, sapu, terus kering ok? Tak cakap banyak dah! Memang puas hati sangat. rasa macam..argh!!!! Korang memang kena cuba! Serious. Ok nak kenalkan apa 4in1 Khans Skincare ni, Ayuh!



Ok, ini adalah cleanser/pembersih muka. Ia mengandungi ALOE VERA EXTRACT. Aloe vera untuk melembapkan kulit tanpa memberikan kesan berminyak. Tomato extract untuk mengecilkan liang pori dan melembutkan kulit. Ni untuk awak yang ada masalah jerawat/penyakit kulit memang sesuai. Selain dari tu, ia juga mengandungi Linolenic Acid yang boleh mengurangkan penyakit ekzema & jerawat. 


Yang ini adalah toner. Mempunyai Hazel extract yang berfungsi sebagai pembasmi kuman @ antiseptik. Ia juga mempunyai Lircorice Extract yang boleh mengurangkan pigmentasi & mencerahkan kulit. 


BB Cream. Mengandungi Argan Oil yang berfungsi sebagai melembut dan melembab bahkan ia juga menjadi pencegah jerawat, mencegah penuaan, dan flex hitam. 


Beauty Cream. Mengandungi Plant Stem Cell yang menggalakkan pembaikan dan pertumbuhan sel baru. Gluthathione pula dikenali sebagai master anti oksida. Ia mampu memberikan kesan terbaik untuk mencerahkan kulit anda. 


Phew! Penat akak jadi promoter dik. Hiks. Ok itu lah barisan produk Khans Skincare yang perlu korang tahu kalau korang berminat untuk membeli. Harga pun worth every penny babe. Benda kau dapatkan daripada Swiss kot. RM99 SAHAJA tidak termasuk postage ya anak-anak. 

So kalau dah berkenan, jangan lupa layari Facebook Khans Skincare untuk dapatkan 1 set untuk awak sendiri. Meanwhile!!!! Enjoyceeeeee lah kecantikan pengasas Khans Skincare ni girls! (Nasib baik iols di jalan yang lurus)







Sumber Info & Gambar: Facebook Khans Skincare

5 comments:

  1. skincare ni sesuai tak untuk kulit yang sensitif dgn fragrance?

    ReplyDelete
  2. nipu jerrrr....mcm mana kau tau effct lmbt sedang kan kau kata blom sempat pki..hahaha..nipu lerr tueee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko memang bijak ye mengata orang

      Delete
  3. Nk tnyo laki2 sesuai tak nk gn...kulit dh kusam...kerja jg kebun

    ReplyDelete