Tuesday, September 15, 2015

Concealer Ni Untuk Apa Eh?

Ok! Girls! Concealer ni sebenarnya dia macam foundation tapi texture dia lebih pekat berbanding dengan foundation dan memang bertujuan untuk menutupi cela pada muka anda.

Salah 1 cara untuk mendapatkan kulit yang flawless serupa bidadari adalah dengan memilih, concealer yang TEPAT!

So, berapa banyak jenis concealer yang ada dipasaran? Lets check this out!

1. Untuk Lingkaran Gelap Bawah Mata

Bagi mereka yang mempunyai masalah lingakran gelap bawah mata yang ketara, anda harus menggunakan concealer berwarna oren. Elakkan menggunakan concealer yang berwarna cerah kerana ia akan membuatkan mata anda tampak lebih bengkak. Ops?



See? makwe ni pakai concealer warna oren merah untuk tutupi lingkaran gelap bawah mata dan hasilnya? Tara!!!!!!! Back to normal color girls!!!

2. Untuk Menutupi Jerawat

Ya, kita semua tahu concealer ni macam 'nyawa' bagi wanita yang ada masalah jerawat. Esok nak date ni, tapi jerawat baru naik!!! OMG!!!! NO!!!!.

OK! Tenang gadis! Tenang!!! Penyelamat korang ada disini! Pilih concealer yang berwarna hijau! Ya pelik, tapi korang takkan menyesal sebab kulit korang akan kembali sekata.



Tapi sebenarnya ada yang cakap bila ada jerawat, better jangan pakai makeup yang tebal sebab itu akan menggalakkan lagi pertumbuhan jerawat seperti cendawan yang tumbuh di selepas hujan. ehemm. Anda tentukan. ok? :)

3. Untuk Menutupi Bekas Luka & Parut

Ramai pakar makeup yang sarankan kalau korang ada masalah macam ni, korang kena cari concealer yang sama dengan warna kulit korang tapi! Kena pakai tebal sikit then apply foundation. Tapi untuk yang ada masalah dengan parut jerawat yang sangat ketara ni, concealer korang tu beli lah 1 shade darker dari warna parut tu. then foundation kena sama warna dengan kulit. Barulah makeup korang takkan nampak terlalu gelap / kusam.

Sebenarnya, concealer ada banyak jenis, banyak jenama. Kalau korang mampu, Jiha sarankan beli lah MAC. sebab mac concealer pallet tu memang best! 1 bekas ada banyak warna and you girls boleh mix and match warna, which is cool! kalau rasa tak mampu, beli je la apa apa jenama pun asalkan anda tahu kegunaan dan tone anda. Mudah je.








So dah tahu kan macam mana nak gunakan concealer ikut warna dan tempat yang betul? So tunggu apa lagi? kalau dah salah beli tu, pergi beli yang baru! Or tunggu lah 28 september. Kan ada #MyCyberSale2015 :P

Untuk tips memilih foundation yang betul, anda boleh baca dekat entry yang lepas.

No comments:

Post a Comment